Selamat datang ke blog SMK Jambu Bongkok… Semoga blog ini dapat memberi info kepada anda..(^__^)

KENALI SMK DATUK AWANG JABAR

...Sejarah Penubuhan SMK Datuk Awang Jabar..


Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Awang Jabar, Kg. Jambu Bongkok terletak lebih kurang 58 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan 24 kilometer dari Bandar Dungun. Asal nama sekolah ini diambil sempena dengan lokasinya iaitu Kampung Jambu Bongkok . Kampung ini mempunyai 2000 penduduk yang majoritinya bekerja sebagai nelayan dan petani. Kini nama SMK Jambu Bongkok telah ditukar kepada SMK Datuk Awang Jabar sempena bekas Ahli Parlimen Dungun yang merupakan anak jati Mukim Merchang.

            Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahannya pada 2 Januari 2006. Pengurusan pentadbiran dipelopori oleh Tuan Haji Hasan bin Muda (GPK Hal Ehwal Murid), Tuan Haji Ibrahim bin Salleh (GPK Kokurikulum) dan diikuti oleh Tuan Haji Mohd Yunus bin Zakaria sebagai  GP Kanan.

            Puan Che Mek Kamariah binti Che Yem merupakan pengetua perintis sekolah ini. Pada tahun 2006 pentadbiran sekolah ini digalas oleh 10 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Kumpulan pelajar pertama yang mendaftar di sekolah ini seramai 142 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Kini, jumlah tersebut meningkat kepada 28 orang guru, 9 orang staf sokongan, 223 orang pelajar dan 11 kelas beroperasi. 

            Pada 16 April 2008, Tn. Hj. Mat Zali bin Abu bakar memulakan tugas sebagai pengetua SMK Jambu Bongkok menggantikan Puan Che Mek Kamariah binti Che Yem sehingga 31 Mei 2011. Kini beliau berkhidmat di SMK Seberang Marang. Bermula 1 Jun 2011, SMK Jambu Bongkok diterajui oleh En. Azami bin Mohamed (Pengetua), En. Mohd Suberi bin Abdullah (PK Pentadbiran), Tuan Haji Hasan bin Muda (PK HEM) dan Tuan Haji Ibrahim bin Salleh (PK Kokurikulum). Bermula Disember 2012, En. Wan Nik bin Muda telah berkhidmat sebagai PK Pentadbiran di SMKJB  menggantikan En. Mohd Suberi bin Abdullah.


Kini pengetua SMK Datuk Awang Jabar ialah En. Kamarulzaman Bin Ismail manakala PK Kokurikulum iaitu Tn. Hj. Ibrahim bin Salleh telah bersara dan digantikan oleh En. Mohammad Rozali bin Sulong.






1 comment:

  1. smkjb memang terbaik.. skoloh nye cntk.. bersih.. selesa untk blaja..

    ReplyDelete


Carian